|
Beliau dikenali sebagai Kapten Wales dalam pasukannya |
|
Beliau mengatakan telah membunuh Taliban di Afganistan |
|
Kapten Wales sedang berlari ke arah helikpoter Apache di Kem Bastion, selatan Afghanistan |
|
Putera Harry yang dikenali sebagai Kapten Wales sempat bergurau semasa menaiki helikopter pada awal pagi |
|
Putera Harry sedang bercakap kepada pemberita dan krew TV |
|
Pegawai atasan memuji beliau |
|
Putera Harry melakukan pemeriksaan pra-penerbangan Helikopter Apache |
|
Putera Harry telah bercakap untuk kali pertama bagaimana dia membunuh pejuang musuh dari helikopter Apache |
|
Putera Harry mengakui beliau telah 'membunuh dari kokpit' |
|
Dia bertugas sebagai penembak bersama juruterbang |
|
Diluar tugas, beliau gemar bermain Fifa PlayStation |
|
Relaks bersama rakan setugas, Simon Beattie |
KABUL - Putera Harry akan menyelesaikan tugasan di Afganistan pada minggu ini dengan menyatakan, dia telah membunuh pejuang Taliban dalam operasi ketenteraan yang dia sertai.
"Ya, saya rasa ramai tentera lain juga telah melakukannya. Saya membunuh mereka untuk menyelamatkan rakan saya. Tapi tugas utama kami adalah untuk menghalang keganasan, bukan untuk memulakannya," ujar Putera Harry.
"Jika ada musuh yang mengancam rakan kami, kami akan melumpuhkan mereka, memang begitulah keadaannya di sini," tambah kerabat diraja British itu.
Semasa khidmat yang kedua ini, Putera Harry berada di Afghanistan selama 20 minggu. Pihak Taliban sebelum ini menyatakan, mereka akan berusaha menculik atau membunuh anggota kerabat diraja British itu.
Pangkalan tentera tempat Putera Harry bertugas pernah diserang pasukan Taliban pada September lalu. Namun tidak diketahui sama ada pasukan Taliban itu tahu Putera Hary bertugas di pangkalan tersebut.
Putera Harry sendiri bertugas sebagai penembak di sebuah helikopter Apache. Skuadron helikopter Putera Harry ditugaskan untuk memberikan sokongan kepada operasi serangan darat atau membantu misi menyelamat. - Reuters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.