|
Pada masa peneroka India mendatangi Australia, jambatan tanah purba telah tenggelam, menyebabkan mereka belayar |
|
Saintis mendapati bukti bahawa gelombang 141 generasi peneroka Australia yang lalu berasal dari India |
|
Penduduk asli yang mengambil bahagian dalam kajian ini didapati mempunyai 11 peratus DNA yang berasal daripada keturunan India. |
|
Haiwan Dingo dianggap telah berada Australia sama dengan manusia kira-kira 4230 tahun yang lalu. |
Australia telah didiami oleh gelombang pendatang dari India lebih kurang 4,000 tahun yang lalu, berdasarkan dapatan daripada satu kajian genetik.
Benua Australia telah terasing sejak benua itu mula-mula dijajah kira-kira 45,000 - 50,000 tahun lalu sehingga orang Eropah menemui benua tersebut pada abad ke-18.
Bukti DNA mencadangkan perjalanan beberapa generasi tidak lengkap, pendatang dari India datang dengan bot.
Manusia pertama Australia adalah hasil daripada kemuncak perjalanan lama oleh spesis manusia keluar dari Afrika.
Manusia dipercayai meninggalkan Afrika, berjalan melalui pantai Arab dan melalui bumi India sebelum sampai ke Indonesia dan New Guinea dan akhirnya berjalan melalui jembatan tanah purba ke Australia.
Berikutan ketibaan mereka, ada pandangan menyatakan hanya ada sedikit sahaja hubungan antara penduduk asli dengan pihak lain di seluruh dunia.
Tetapi bukti DNA kini mendedahkan gelombang kedua penghijrahan manusia berlaku kira-kira 4230 tahun yang lalu, lama sebelum orang Eropah pertama menetap di sana.
Bumi Australia pertama kali dilihat oleh seorang Eropah pada tahun 1606 dari kapal dan selepas itu 53 buah kapal telah tiba sebelum Kapten James Cook tiba pada tahun 1770 dan menuntutnya untuk Britain.
Analisis terhadap sample DNA orang-orang Asli yang tinggal di Wilayah Utara Australia hari ini menunjukkan mereka mempunyai sehingga 11 peratus daripada warisan genetik India.
Pendatang baru datang dari India dan kekurangan DNA mereka di beberapa bahagian lain Asia mencadangkan mereka belayar secara langsung menyeberangi Lautan Hindi dan bukan bergerak ke Australia dengan cara berjalan kaki.
Ketibaan mereka sepadan dengan keterangan dalam rekod arkeologi yang menunjukkan haiwan dingo telah sampai di Australia kira-kira pada masa yang sama, menunjukkan haiwan berkenaan mungkin telah diangkut oleh bot peneroka manusia.
Dr. Irina Pugach dari Institiut Max Planck untuk evolusi Antropologi di Leipzig, Jerman, berkata, pasukan penyelidikan antarabangsa telah mengira bahawa DNA India mempunyai pertalian dengan 141 generasi penduduk asli yang terdahulu.
Dengan andaian bahawa genetik setiap generasi dipisahkan secara purata selama 30 tahun menyimpulkan bahawa penduduk India tiba di Australia kira-kira 4,230 tahun yang lalu.
“Menariknya, tarikh ini bertepatan dengan banyak perubahan dalam rekod arkeologi Australia, termasuk perubahan mendadak peralatan pertanian dan peralatan batu dengan 'microlith' muncul untuk kali pertama dan kewujudan dingo yang pertama dalam rekod fosil,” ujar beliau.
“Sejak kami mengesan kemasukan gen dari India ke Australia pada sekitar masa yang sama, ia adalah berkemungkinan bahawa perubahan tersebut mempunyai hubungan dengan penghijrahan berkenaan.”
Mark Stoneking, pakar genetik di Institut Max Planck yang mengetuai kajian itu memberitahu majalah Nature, “Australia dianggap mewakili satu migrasi terawal manusia selepas mereka meninggalkan Afrika, tetapi seolah-olah mereka terpencil selepas itu.”
Sampel DNA 344 orang telah dianalisis untuk kajian ini, yang disiarkan dalam jurnal Prosiding National Academy of Sciences.
Sample telah diambil dari orang-orang di Papua New Guniea, Asia Tenggara, China, Amerika Syarikat dan Wilayah Utara Australia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.