INDIA - Berjuta-juta penganut Hindu beramai-ramai berkumpul di Sungai Ganga semalam untuk memulakan festival agama terbesar di dunia.
Dikenali sebagai Kumbh Mela, upacara berkenaan yang diadakan di bandar Allahabad itu disertai oleh 100 juta penganut agama Hindu.
Mereka akan berkumpul selama 55 hari untuk menyertai upacara mandi di Sungai Ganga bertujuan membersihkan dosa dan mendapatkan keberkatan.
Menurut Pegawai Maklumat Negeri, Ashok Kumar, seramai enam juta orang telah tiba di Kumbh Mela setakat pukul 2 petang semalam dengan 10 juta lagi dijangka tiba pada hari yang sama. - AFP / Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.