Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 15 Januari 2013

Presiden Israel Akui Arafat Mati Dibunuh

Shimon Peres, Presiden Israel. Foto: The Telegraph

Yasser Arafat. Foto: AFP

Mahmoud Abbas, Presiden Palestine. Foto: The Jerusalem Post


GAZA - Presiden Israel Shimon Peres mengakui bahawa negaranya bertangggung jawab terhadap kematian pemimpin Palestin, Yasser Arafat.
Peres mengakui penglibatan negaranya dalam pembunuhan Arafat semasa wawancara dengan akhbar The New York Times. 
Ketika itu, Peres diajukan pertanyaan, "apakah anda tidak pernah terfikir bahawa Arafat sepatutnya dibunuh?"

Peres menjawab, "Tidak, saya rasa berurusan dengannya (Arafat) adalah suatu hal yang penting. Ketiadaan Arafat akan menimbulkan hal-hal yang sangat rumit. Dengan siapa lagi kita boleh menyelesaikan Perjanjian Oslo? Dengan siapa kita boleh bersetuju Perjanjian Hevron? Di sudut lain, saya cuba menjelaskan kepadanya tentang bagaimana menjadi pemimpin sejati."

"Saya katakan padanya (Arafat) dia harus menjadi seperti Lincoln (Abraham Lincoln) atau Ben-Gurion. Mula-mula Arafat menolaknya, namun akhirnya dia berkata, 'OK'. Dia berbohong di depan saya tanpa ada masalah," jelasnya.

Peres tidak mengutarakan pengakuannya dengan terbuka mengenai penglibatan Israel dalam pembunuhan Arafat.

Peres juga menyatakan hasrat Israel hendak membunuh Arafat sebelum Perjanjian Oslo 1990 ditandatangani. Bagaimanapun Arafat meninggal dunia pada 2004 di rumah sakit tentera Perancis.

Misteri kematian Arafat timbul dan menjadi perdebatan pada tahun 2012 yang lalu. Timbul andaian bahawa Arafat telah diracun oleh agen Israel dengan bahan polonium.

Semantara itu, juru cakap Hamas Fahmi Barhoum mendesak agar rundingan antara Palestin dan Israel dihentikan dan meminta Presiden Mahmoud Abbas mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana membunuh Arafat.

Sebelum ini, Palestin mengancam akan mendakwa Israel di ICC jika hasil siasatan mendapati Arafat mati diracun. Perunding Palestin, Saeb Erekat juga turut menyalahkan Israel atas kematian Arafat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.