|
Buaya Selang ini asalnya dikenali sebagai Bujang Teruntum |
|
Buaya Selang yang ditangkap di Sungai Teruntum, Kuching kelmarin bukan sahaja menarik perhatian Abang Muhammad Salahuddin (dua dari kiri) malah isterinya, Norkiah memberanikan diri duduk di atas buaya. |
KUCHING - Buaya Bujang Teruntum yang ditangkap di Sungai Teruntum berdekatan rumah rehat Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di sini kelmarin adalah seberat 629 kilogram (kg) berbanding anggaran asal 300kg.
Berikutan berat luar biasa itu, Abang Muhammad Salahuddin menukar gelaran reptilia itu kepada Bujang Selang yang mengambil sempena nama kampung tempat buaya itu ditangkap.
Berat buaya tersebut disahkan oleh pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) yang menimbang reptilia sepanjang lima meter itu setelah ia diangkat oleh sekumpulan 15 lelaki ke atas tebing sungai semalam.
Kerja-kerja menimbang berat buaya itu dilakukan selepas ia dikeluarkan dari sangkar yang memerangkapnya di sungai berkenaan untuk dibawa ke Pusat Perlindungan Hidupan Liar Matang di sini. - Kosmo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.