Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 17 Januari 2013

Helikopter Terhempas Di London

Pasukan penyelamat di lokasi kejadian

Bangkai helikopter yang terhempas jam 8.00 pagi

Pemandangan di Vauxhall selepas helikopter terhempas

Tempat kejadian nahas helikopter di Wandsworth Road di Vauxhall, pusat bandar London

Neil Basu, sedang ditemuramah di lokasi kejadian

Kepingan bangkai helikopter

Bahagian helikopter yang berkecai

Serpihan helikopter  berselerak

Helikopter berlanggar dengan kren berdekatan Wharf Tower St George di Vauxhall

Lokasi di mana helikopter jatuh terhempas

Kren yang dilanggar oleh helikopter

Helikopter sedang terbakar selepas terhempas

Helikopter terbakar dilihat dari jauh

Keadaan di lokasi kemalangan selepas api dipadamkan


LONDON - Sebuah helikopter melanggar sebuah kren dan terhempas di sebatang jalan raya di pusat bandar raya ini semasa waktu puncak semalam dengan dua terbunuh serta sembilan orang lagi cedera, kata pihak berkuasa semalam. 
Helikopter tersebut terhempas di selatan Sungai Thames berhampiran stesen kereta api bawah tanah di Vauxhall dekat bangunan agensi perisikan Britain, MI6. 
Polis berkata, seorang mangsa mengalami kecederaan yang serius. 
Perkhidmatan Ambulans London memberitahu, beberapa orang yang cedera ringan pula dirawat di sebuah hospital berdekatan. 
Seorang pegawai polis, Neil Basu mengesahkan juruterbang helikopter itu mati termasuk seorang orang awam. 
Mengulas nahas berkenaan, Kementerian Pertahanan menyatakan, helikopter berkenaan bukan milik tentera manakala kemalangan itu juga dipercayai bukan serangan pengganas. 
Rakaman saluran berita Sky News menunjukkan bangkai helikopter itu sedang terbakar di atas jalan raya dengan kawasan sekitarnya dipenuhi asap hitam. 
Beberapa saksi berkata, helikopter itu melanggar sebuah kren yang berada di atas bumbung bangunan penginapan setinggi 50 tingkat iaitu Menara Dermaga St. George. 
Seorang pekerja di kawasan berdekatan, Allen Crosbie berkata, letupan yang berlaku menyebabkan dia dan beberapa orang lain yakin bahawa bandar raya ini sedang diserang. 
"Saya 100 peratus yakin bahawa kejadian itu adalah serangan pengganas," kata lelaki tersebut. 
"Terdapat serpihan bangkai helikopter dan asap hitam berkepul-kepul," tambahnya. 
Punca nahas masih disiasat tetapi seorang pakar penerbangan, Chris Yates memberitahu, cuaca berkabus mungkin menjadi faktor kemalangan itu berlaku. 
Pihak berkuasa juga akan memeriksa sama ada kren tersebut mempunyai lampu navigasi. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.