Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 15 Januari 2013

Kereta Ratu Elizabeth Meragam

Mula-mula enjin kereta Bentley ini sukar dihidupkan oleh pemandunya

Anggota polis mulai panik dan bersedia dengan pelan B jika kereta gagal dihidupkan

Setelah tujuh kali mencuba akhirnya enjin kereta Ratu berjaya dihidupkan dan Ratu menaikinya 

Ratu dibawa pulang ke rumah baginda di Sandringham House


Inilah dia Sandringham House, rumah kediaman Ratu di luar Bandaraya London


Ratu menunggu pemandu kereta menghidupkan kereta Bentley mewah baginda selepas menghadiri upacara di gereja pada hari Ahad lalu.

Pemandu kereta Ratu hanya berjaya menghidupkan kereta itu selepas cubaan kali ketujuh di luar Gereja St Mary Magdalene, suku batu dari Sandringham House, tempat baginda menghabiskan cuti musim sejuk tradisional baginda dengan Putera Philip.

Kereta yang digunakan oleh Ratu Elizabet dibuat oleh Bentley.

Seorang yang menyaksikan kejadian itu berkata, pemandu tersebut kelihatan benar-benar malu dan bimbang apabila kereta tidak dapat dihidupkan. 
"Ratu hanya berdiri beberapa meter jauhnya dari kereta. Pihak polis mula panik sedikit dan saya mendengar mereka bercakap tentang melaksanakan pelan B dan membawa kereta lain untuk membawa Ratu."

"Ia adalah kereta yang sama yang baginda gunakan setiap minggu untuk ke gereja. Ada yang tertanya-tanya mengapa kereta itu tidak hidup. Mungkin kerana cuaca sejuk." 
Ratu dan Putera Philip tiba di Sandringham Estate seluas 20,000 sebelum Krismas untuk cuti musim sejuk mereka. 
Mereka telah disertai sepanjang tempoh perayaan oleh beberapa ahli keluarga Diraja walaupun Duke dan Duchess of Cambridge melawat hanya sebentar kerana mereka menghabiskan Hari Krismas dengan ibu bapanya. 
Putera Harry juga telah meninggalkan Sandringham kerana dia berkhidmat sebagai juruterbang helikopter Apache dengan Kor Tentera Udara di Afghanistan. 
Ratu dan Putera Philip secara tradisinya tinggal di estet berkenaan sehingga selepas 6 Februari, ulangtahun baginda menaiki takhta apabila ayahanda baginda, King George VI mangkat di estet tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.