Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 29 Januari 2013

Pengangkutan Percuma Kurangkan Kesesakan

Seorang penduduk Tallin sedang menunggu bas pengangkutan awam percuma


TALLINN, Estonia - Penduduk di bandar raya ini menikmati pengangkutan awam percuma termasuk bas yang diperkenalkan sejak 1 Januari lalu. 
Tallinn merupakan bandar raya pertama Kesatuan Eropah yang menawarkan pengangkutan awam percuma untuk penduduknya berjumlah 420,000 orang. 
Timbalan Datuk Bandar Tallinn, Taavi Aas berkata, terdapat pengurangan kesesakan jalan raya selepas pengenalan pengangkutan awam percuma itu. 
Menurutnya, dalam minggu pertama pelaksanaan pengangkutan itu, kesesakan jalan raya berkurangan sebanyak 15 peratus berbanding pada bulan November dan Disember tahun lalu. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.