|
Presiden Obama dan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, Kongres AS, John Boehner. Foto: AP |
WASHINGTON - Setelah selesai upacara perlantikan jawatan bagi penggal kedua, Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dituduh hendak menghapuskan Parti Republikan.
"Mendengar visinya (Presiden Obama) semasa perlantikan yang lalu, jelas sekali bagi saya bahawa dia sedar tidak akan dapat melaksanakan dasarnya selagi Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dikuasai oleh Republikan," ujar Speaker DPR AS, John Boehner.
"Dianggarkan dalam masa 22 bulan akan datang, fokus pemerintahannya adalah cuba menghancurkan Parti Republikan. Saya sangat percaya bahawa tujuannya adalah menghapuskan (Parti Republikan) dari sejarah," tegasnya.
Namun kenyataan Boehner itu dinafikan oleh White House. Jurucakap White House, Jay Carney berkata, Presiden Obama akan menolak sebarang usaha untuk menghapuskan ataupun menghancurkan Parti Republikan.
"Walaupun mempunyai perbezaan dan perbezaan itu tidak dapat diselesaikan dalam masa satu atau dua tahun, kami akan bertindak sebagai rakyat Amerika," jelas Carney.
Menurut Carney pentadbiran Obama memerlukan debat yang membina, bukan debat yang membuat Amerika lumpuh. Baginya Kerajaan AS ketika ini boleh berkompromi bukan dan bukan sebuah kerajaan yang memegang kuasa mutlak. - Associated Press
Parti Republikan Jangan Jadi Parti Bodoh
|
Gabenor Louisiana, Bobby Jindal. Foto: AP |
LOUISIANA - Gabenor Louisiana, Bobby Jindal yang disebut-sebut sebagai calon Presiden Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya presiden tahun 2016 mengkritik partinya sendiri.
"Kita harus berhenti menjadi parti bodoh. Ini adalah masanya bagi Parti Republikan baru untuk bercakap sebagai orang dewasa. Banyak ahli politik Republikan yang hancur kerana ucapannya. Saya di sini untuk bercakap bahawa, hal itu sudah cukup bagi kita semua," ujar Jindal.
Salah satu kegagalan Republikan pada tahun ini adalah menguasai White House dan Senat. Republikan memang berjaya menguasai Kongres AS, namun Demokrat kelihatan semakin berpengaruh sejak kebelakangan ini.
Jindal turut mengecam polisi Presiden Barack Obama yang menaikkan cukai terhadap penduduk kaya untuk membantu rakyat kelas menengah dan miskin dan polisi pengendalian senjata yang dicadangkan oleh Obama.
Ketika ditanya tentang pencalonannya sebagai Presiden AS pada 2016, Jindal terus menepis persoalan tersebut.
"Setiap ahli politik Republikan yang ingin mencalonkan diri sebagai Presiden AS, patut diperiksa kewarasannya. Kami semua mempunyai banyak tugas yang harus diselesaikan," tegas Jindal. - Associated Press
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.