|
Najib semasa lawatan di Gaza. Foto: Bernama |
|
Najib disambut oleh kenamaan Pelastin di Gaza. |
|
Najib semasa sidang akhbar bersama Haniyeh. |
RAMALLAH - Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengecam lawatan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak ke semenanjung Gaza.
"Pejabat Presiden Palestin mengumumkan penolakan dan mengecam lawatan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza," kata kenyataan dari pejabat Abbas.
"Lawatan itu mencetuskan perpecahan dan tidak mewakili kepentingan nasional Palestin. Ia adalah konspirasi yang bertujuan untuk memenuhi rancangan Israel untuk mengasingkan Baitulmaqdis dari Palestin," tambahnya.
Abbas mendesak Kerajaan Malaysia memberi penjelasan mengenai kunjungan Najib ke Gaza. Beberapa hari yang lalu, Malaysia sudah menyatakan bahawa Najib dan para pegawainya membawa bantuan perubatan ke Gaza.
Tepat pada Selasa lalu, Najib bersama Menteri Luar Malaysia, Anifah Aman menyeberangi sempadan Rafah di Mesir bersama beberapa pegawai Palestin yang lain.
Dalam ucapannya di Gaza, Najib menyokong usaha perdamaian Hamas dan Fatah. Najib menegaskan bahawa perdamaian Palestin sangat berguna untuk memberi respons kepada pilihan raya Israel.
"Kami yakin dengan kerajaan perpaduan ini dan kami berdoa kepada Allah, dialog ini akan berjaya dan kerajaan bersatu akan menjadi realiti di masa yang akan datang," tegas Najib.
Sementara itu, Perdana Menteri Hamas Ismail Haniyeh dalam ucapannya menyuarakan persatuan umat Islam, negara Arab, dan Palestin untuk melawan pendudukan Israel. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.