|
Pemilik dan pembeli kenderaan terpakai perlu hadir ke pejabat JPJ untuk proses tukar hak milik kenderaan. Foto: The Star |
|
Orang tengah tidak boleh lagi terlibat dalam urusan menukar hak milik kenderaan (foto hiasan). Sumber: mynewshub |
|
Datuk Seri Ismail Ahmad menyaksikan penggunaan kaedah biometrik di pejabat JPJ Bangi pada bulan lalu. Foto: CBT Online |
KUALA TERENGGANU – Pemilik dan pembeli kenderaan terpakai kini perlu hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk melakukan proses tukar hak milik kenderaan melalui sistem mySikap bermula 1 November lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, melalui mySikap, orang tengah sudah tidak boleh lagi terlibat dalam urusan menukar hak milik kenderaan sebaliknya pemilik asal dan pemilik baharu kenderaan dikehendaki hadir di mana-mana cawangan JPJ untuk mendaftarkan cap jari mereka.
“Melalui sistem ini, proses tukar hak milik kenderaan akan menggunakan kaedah biometrik yang mengkehendaki pemilik dan pembeli hadir ke JPJ untuk pengesahan cap jari.
“Penggunaan biometrik mengatasi pelbagai kelemahan sistem borang dalam proses tukar hak milik kenderaan sebelum ini,” katanya selepas majlis penutup Karnival Skuad Muda 1JPJ peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk di sini kelmarin. - Kosmo! Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.