Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 4 Februari 2014

Pegawai Polis Cedera Parah Tertusuk Besi Pagar

Anggota bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit. Foto: myMetro

Mangsa menahan kesakitan akibat tertusuk besi pagar dawai. Foto: myMetro

Besi pagar yang tembusi rusuk kanan mangsa. Foto: myMetro


KUALA LUMPUR - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dari Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, cedera parah dengan rusuk kanannya tertusuk besi tiang pagar stesen minyak selepas plaza tol Jalan Duta Lebuhraya Utara Selatan menghala utara manakala seorang anggota berpangkat lans koperal cedera ringan apabila van dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di situ, petang kelmarin. 
Ketika kejadian kira-kira jam 4.15 petang, kedua-dua mereka dalam perjalanan ke Lumut untuk berkursus dengan menaiki van pasukan. 
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, mangsa yang menaiki van PERODUA Rusa itu baru melepasi plaza tol apabila sebuah kereta tiba-tiba keluar dari lalu masuk ke stesen minyak berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari plaza tol. 
“Kenderaan dipandu Lans Koperal Azri Abu Yamin, 31, itu cuba mengelak kenderaan berkenaan, tetapi gagal lalu terbabas menyebabkan van melanggar pagar dawai stesen minyak dan bergesel dengan sebuah kenderaan yang diparkir di tepi jalan. 
“Pemandu van cedera ringan tetapi Inspektor Mohammad Azri Ismail, 34, cedera parah di rusuk kanan akibat tertusuk besi tiang pagar hingga tembus ke belakang badan,” katanya. 
Beliau berkata, pemandu dua kenderaan lain tidak mengalami kecederaan. 
“Kedua-dua anggota polis itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Mohamad Azri yang cedera parah, menjalani pembedahan dan dia kini masih dalam pemantauan akibat kecederaannya serius. 
“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.