Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 5 Februari 2014

'Mati' Hidup Semula

Abdullah Nanyan, 62, menceritakan kisahnya mati hidup semula. Foto: myMetro

Zulrozi menunjukkan bekas pembedahan di kepala ayahnya. Foto: myMetro


KUALA LUMPU - “Ketika saya tersedar, di kiri dan kanan saya ada seorang doktor dan beberapa jururawat untuk melakukan bedah siasat terhadap ‘jenazah’ saya yang disahkan sudah meninggal dunia,” kata pengamal rawatan tradisional, Abdullah Nanyan, 62. 
Menurutnya, sebelum itu dia disahkan meninggal dunia selama dua jam selepas dimasukkan ke Unit Penjagaan Koronari (CCU) di sebuah hospital di ibu negara selama lebih sebulan kerana menghadapi pelbagai komplikasi termasuk serangan jantung atau Acute Myocardial Infarction (AMI), kesukaran bernafas, kencing manis dan kegagalan fungsi paru-paru. 
Katanya, mereka semua terperanjat melihat keadaan dirinya yang ‘hidup’ semula dan segera menghantarnya ke bilik rawatan untuk pemeriksaan. 
Menceritakan semula kejadian dialami pada 16 Februari 2012 itu, katanya, dia disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi. 
Bagaimanapun, selepas ‘jenazah’nya dihantar ke bilik bedah untuk proses bedah siasat, dua jam kemudian dia tersedar dan boleh menggerakkan kepala. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.