Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 4 Februari 2014

Lakonan Drama Disangka Kejadian Sebenar

Pelakon adegan tembak-menembak 'mati bergelimpangan'. Foto: myMetro

Penggambaran adegan drama tembak-menembak menyebabkan orang ramai cemas dan ada yang memanggil polis. Foto: myMetro


KUALA LUMPUR - Penggambaran babak tembak-menembak membabitkan dua pelakon utama drama bersiri Miranda, Fasha Sandha dan Dazrin Kamarudin tengah hari semalam terpaksa dihentikan kira-kira satu jam apabila didatangi dua kereta polis yang menerima aduan daripada orang ramai menyangka ia kejadian jenayah sebenar. 
Menurut Pengarahnya Along Kamaludin, babak Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dirakam di kawasan parkir berhampiran sebuah restoran di Kota Damansara, dekat sini, mengundang salah faham orang ramai yang terkejut dengan bunyi tembakan itu. 
“Semuanya salah faham saja. Sebenarnya dalam babak itu, Dazrin dan Fasha ditembak seseorang dari dalam kereta. Kami buat babak itu di kawasan parkir bawah tanah sebenarnya, tapi tak sangka pula ada pengunjung restoran berhampiran terdengar dan menyangka ia kejadian jenayah sebenar. 
“Mungkin sebab kami rakam babak itu pun tanpa peralatan yang banyak, jadi orang tak nampak kami jalani penggambaran. Tiba-tiba dua kereta peronda polis tiba di set dan terpaksa pula pengurus produksi saya jelaskan perkara itu hanya salah faham,” katanya ketika dihubungi, semalam. 
Along berkata, kru dan pelakon terkejut didatangi polis yang menerima aduan orang awam selepas terdengar bunyi tembakan. - myMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.