WASHINGTON: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebihan kecil bajet bagi bulan terakhir tahun kewangan 2012, namun ia tidak mampu membendung defisit negara itu yang mencecah AS$1 trilion (RM3 trilion) untuk tahun keempat berturut-turut. - Berita Harian.
_______________________________________________________________________
Wow! Dahsyatnya defisit AS. Rupa-rupanya, selama empat tahun Barack Obama menjadi Presiden AS, negara kuasa besar ini masih berbelanja besar melebihi pendapatannya. Perbelanjaan lebih itu pula mencecah AS$ 1 trilion (RM3 trilion) setahun!
Begitulah AS. Nampak sebagai sebuah negara besar yang gagah dan kaya raya. Bajet tahunan mencapai angka trilion (bukan milion, bukan bilion tapi trilion!). Sebahagian besarnya untuk perbelanjaan operasi ketenteraan di luar AS! Tapi sebenarnya, menanggung 'hutang keliling pinggang'.
Lucunya, pencabar Obama dari Parti Republikan, Mitt Romney menyalahkan pentadbiran Parti Demokratik berbelanja boros sehingga menyebabkan hutang negara melebih AS$16 trilion. Tapi Obama dan Parti Demokrat pula menjawab sinis, hutang itu diwarisi daripada pentadbiran Parti Republikan yang lalu!
Mari kita tunggu, siapa yang menang Pilihan Raya Presiden AS 6 November depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.