|
Debat kedua di Universiti Hofstra. Moderator Candy Crowley dari CNN |
HEMPSTEAD (New York): Presiden Barack Obama tampil lebih agresif mengetepi lawannya, Mitt Romney dalam isu Libya serta cara kepimpinannya yang lalu dalam debat pusingan kedua hari ini, iaitu menjelang tiga minggu perebutan jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS).
Selepas menerima kritikan pada pusingan pertama debat yang menyaksikan kelebihan kepada Romney dua minggu lalu di Denver, hari ini Obama bangkit dengan karekter lebih garang di pentas debat di Hofstra University, Long Island. AFP - Berita Harian.
_______________________________________________________________________
Nampaknya Obama benar-benar mengotakan janjinya untuk bangkit semula selepas tewas kepada Romney semasa debat pusingan pertama di Denver dahulu. Dengan itu, kedudukan antara Obama dengan Romney adalah seri. Kini, tinggal satu lagi debat sebelum penggundian rasmi pada 6 November nanti.
Begitulah pilihan raya Presiden AS. Nampak sengit tapi seimbang. Walaupun Obama penyandang jawatan presiden, namun kedudukan itu tidak mampu membantu beliau memenangi pilihan raya dengan mudah. Malah, Romney selaku calon pembangkang bebas mencari dana pilihan raya dan bebas berkempen ke seluruh pelusuk negara.
Manakala Obama, walaupun calon parti pemerintah, tetapi terpaksa mencari dana sendiri dan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.