Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Mangsa Cemburu Buta

SEORANG guru parah selepas ditetak dengan parang panjang oleh dua lelaki di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Besut kelmarin.

KUALA TERENGGANU - Seorang guru pendidikan khas di sebuah sekolah rendah di Besut menjadi mangsa cemburu buta pihak tertentu apabila dia cedera parah selepas ditetak lebih 10 kali dengan parang panjang oleh dua lelaki yang menyangka mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri orang kelmarin. - Kosmo Online 25.10.2012
_______________________________________________________________________

Tak sangka kejadian seperti ini boleh berlaku di Malaysia. Kalau di Pakistan atau Afghanistan, lain cerita. Di sana, perkara seperti adalah lumrah kerana masyarakatnya membenarkan orang mengambil tindakan sendiri-sendiri.
Siapakah sebenarnya dua lelaki berkenaan? Apakah jenis hukum atau undang-undang yang mereka gunakan untuk menjustifikasikan tindakan mereka? Siapakah pula isteri orang itu?
Semoga kes ini akan segera dapat diselesaikan oleh pihak polis dan mereka yang berkenaan dibawa ke muka pengadilan untuk dijatuhi hukuman yang setimpal.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.