Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Lima Remaja Yang Merubah Sejarah


Louis Braille

Louis Braille mencipta huruf Braille ketika berusia 15 tahun. Pada hari ini, tulisan Braille digunakan dengan meluas oleh orang-orang buta di seluruh dunia. 

Joseph Bombardier

Kereta salji Bombardier

Joseph Bombardier berjaya mencipta kereta salji yang pertama menggunakan enjin dan boleh bergerak sendiri pada tahun 1922 ketika berusia 15 tahun. Beliau melakukannya dengan mengubahsuai kereta usang ayahnya menjadi kereta salji. Sebelum itu, kereta salji ditarik oleh anjing.


Joseph Heft
Bendera Amerika Syarikat sekarang hasil kreativiti Heft

Robert Heft berjaya memenangi pertandingan menggubah semula bendera AS pada tahun 1950-an ketika berumur 17 tahun. Bendera AS yang digunakan pada hari ini adalah hasil gubahan Heft. Heft berjaya mengalahkan 1,500 peserta lain yang menyertai pertandingan itu. Bendera gubahannya sangat disukai oleh Presiden Eisenhower.


Sam Colt
Sam Colt

Lakaran reka bentuk pistol yang dilukis oleh Colt

Sam Colt mula memikirkan untuk membuat pistol semasa masih berumur 15 tahun. Walaupun lukisan reka bentuk pistolnya yang mula-mula ditertawakan oleh tukang besi, namun selepas bertemu dengan Sam Walker, Colt berjaya menghasilkan pistol yang berkualiti.


Joe Shuster dan Jerry Siegel


Joe Shuster dan Jerry Siegel mencipta watak Superman ketika mereka masih di sekolah menengah sekitar tahun 1930-an. Watak Superman pada mulanya disiarkan dalam majalah komik di Amerika Syarikat. Apabila komik berkenaan mendapat sambutan luar biasa, watak Superman dipindahkan ke layar perak. Mungkin sebab itu Superman memakai spender di luar!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.