Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 24 Oktober 2012

Lima Kelengkapan Tentera AS Yang Termahal

Malaysia ada program LIMA (Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition) yang diadakan di Pulau Langkawi saban tahun. Amerika Syarikat pula memiliki lima kelengkapan tentera yang termahal.
Biar gambar yang bicara.

Pesawat Stealth ini berharga US$1.07 bilion (RM3.21 bilion) seunit. Pada mulanya AS dikatakan bercadang hendak memiliki 132 unit. Namun disebabkan kos yang mahal maka cadangan dikurangkan kepada 21 unit sahaja.

Pesawat Bell-Boeing V-22 ini berharga US$69.3 juta (RM207.9 juta) seunit. Terbang dan mendarat macam helikopter tetapi mampu terbang lebih laju daripada helikopter.

Kapal pengangkut pesawat George HW Bush ini berharga US$6.2 bilion (RM18.6 bilion). Keistimewaannya, kapal ini boleh belayar terus menerus selama 20 tahun tanpa perlu diisi minyak.

Pesawat F-35 Lightening II ini berharga US$154-236.8 juta (RM462-710.4 juta) seunit. Pada masa ini sebanyak 63 pesawat telah siap dibina.

Pesawat F/A-18 Hornet ini berharga US$29-57 juta (RM87-171 juta) sebuah pada tahun 2006.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.