Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 23 Oktober 2012

Khasiat Buah Pear


Pohon pear tumbuh di kawasan beriklim sejuk seperti Amerika, Eropah, Asia, Afrika Utara dan Australia. Tetapi kini, kita tidak perlu pergi jauh ke tempat-tempat berkenaan hanya kerana hendak buah pear. Memadailah pergi ke pusat membeli belah atau pasaraya, insya-Allah akan terjumpa buah pear.

Kalau tak kenal, ini dia rupa buah pear.

Ini ialah foto bunga buah pear.

Buah pear dari Amerika Syarikat.

Khasiatnya: 
Buah pear yang masih muda jika dimakan boleh memudahkan buang air besar. 
Buah pear yang sudah matang jika dimakan boleh menyebabkan rasa mengantuk. 
Buah pear yang dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan perut kembung dan kerap buang angin.
_______________________________________________

Perhatian: Buah pear Australia lebih sedap daripada buah pear China. Tapi kalau nak makan buah pear yang paling sedap, pergilah petik di pokoknya. Kalau kita pergi ke sebuah ladang buah pear di Perth, Australia, dia orang buat begitu.
Adapun buah pear yang dijual di pasaraya tu dah tak fresh dan kurang enaknya (berdasarkan pengalaman).



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.