Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Gabenor Tersilap Beri No Seks

Rick Scott, tengah (berkepala licin) sedang menari dalam satu majlis.

TALLAHASSEE - Gabenor Florida, Rick Scott, dilaporkan tersilap apabila memberi nombor telefon hotline seks kepada penduduk sedangkan mereka meminta maklumat mengenai wabak meningitis kulat yang menyebabkan ramai maut di Amerika Syarikat.
Pada Selasa lalu, Scott memberi maklumat terkini mengenai wabak itu dalam mesyuarat. Beliau kemudian mengumumkan nombor talian bebas tol mengenai wabak terbabit. Bagaimanapun, beliau memberikan nombor talian hotline seks.
Pejabat gabenor dimaklumkan perkara itu oleh stesen radio umum di Tampa, WUSF, yang memantau mesyuarat terbabit dan menyiarkan nombor itu di halaman webnya.
Stesen terbabit berkata, mereka dimaklumkan pendengar nombor terbabit sebenarnya talian telefon dewasa.
Nombor Hotline Meningitis Kulat Florida ialah 866-523-7339, tetapi Scott tersilap satu nombor. - Reuter
_______________________________________________________________________

Tak tahulah saya sama ada berita ini lucukah atau lucah? Namun pengajarannya, jangan silap walau satu angka pun ketika memberikan nombor telefon atau melakukan reload handphone.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.