Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 12 Oktober 2012

Jutawan Tawar Ganti Kereta Buatan Jepun Mangsa Rusuhan

Guangbiao berdiri di atas bumbung kereta untuk menawarkan kereta-kereta buatan China sebagai ganti kepada kereta-kereta buatan Jepun yang dirosakkan oleh para penunjuk perasaan pada bulan lalu.
NANJING - Chen Guangbiao, seorang jutawan berjanji akan mengganti kereta buatan Jepun milik 43 rakyat China yang dirosakkan oleh para penunjuk perasaan yang marah terhadap Jepun pada bulan lalu.
Kemarahan itu berpunca daripada tindakan Kerajaan Jepun membeli tiga daripada lima pulau kecil di Kepulauan Senkaku di Laut China Timur daripada pemilik persendirian. Kepulauan berkenaan juga turut dituntut oleh Kerajaan China.
Menurut media negara itu kelmarin, Guangbiao menunjukkan 43 kereta buatan China yang dibelinya pada harga lebih US$794,000 (RM2.4 juta) pada Rabu lalu. Jutawan berumur 44 tahun itu menawarkan kereta Geely buatan China bagi menunjukkan semangat patriotik terhadap negara.
"Saya menawarkan kereta ini untuk mengingatkan orang ramai bahawa semangat patriotik sepatutnya dikendalikan dengan rasional, bijaksana dan berdisiplin," katanya semasa mempamerkan kereta-kereta berkenaan.
Berdasarkan perangkaan, jualan kereta Jepun di China merudum akibat desakan supaya rakyat negara itu memboikot barangan buatan Jepun pada bulan lalu.
Guangbiao merupakan salah seorang daripada 400 individu terkaya di negara China dengan kekayaan dianggarkan US$740 juta (RM2.27 bilion) dan pemilik sebuah syarikat perniagaan kitar semula di Nanjing. - Agensi
_______________________________________________________________________

Berdasarkan berita di atas, cuba renungkan cara usahawan aka jutawan aka orang kaya berfikir. Sama tidak, cara mereka berfikir dengan orang biasa?
Kata orang bijak pandai, "usahawan jutawan itu ialah manusia biasa yang berfikiran luar biasa!" 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.