Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 4 Oktober 2012

Surat Tulisan Tangan Einstein Dilelong


Inilah rupa surat tulisan tangan Einstein.

Surat di atas ditulis oleh Albert Einstein, seorang ahli fizik dunia yang terkenal. Surat itu menyatakan pandangan beliau tentang agama dan ditulis setahun sebelum beliau meninggal dunia. Surat itu bertarikh 3 Januari 1954 dan ditujukan kepada ahli falsafah bernama Erik Gutkind. 
Einstein dilahirkan pada 14 Mac 1879, di Ulm, Wurttemberg, Jerman dan meninggal dunia pada 18 April 1955 semasa berumur 76 tahun di Amerika Syarikat. 
Pada mulanya, surat itu dibeli pada tahun 2008 dengan harga AS$404,000 (RM1.2 juta) daripada firma lelongan Blommsbury di London. Kini, surat itu akan dilelong oleh pemiliknya pada bulan ini dengan harga pembukaan AS$3 juta (RM9.17 juta) di laman eBay oleh firma lelongan Auction Cause, New York. Turut dilelong, sampul surat yang berstem dan cop pos.
Sumber: Kosmo Online 
_______________________________________________________________________

Surat itu telah berusia 57 tahun. Tetapi disebabkan surat itu ditulis oleh seorang tokoh terkenal dengan menggunakan tulisan tangan, maka ianya menjadi bahan berharga.
Namun, jika seorang tokoh menulis sepucuk surat sekarang ini dengan menggunakan komputer dan dicetak oleh mesin pencetak, berapakah nilai surat itu 57 tahun akan datang?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.