Romney dan Obama sedang mendengar moderator memperkatakan sesuatu. |
Debat pertama Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat telah pun berlangsung di Universiti Denver, Colorado pada jam 9.00 pagi tadi waktu Malaysia. Debat berkenaan disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Debat pertama biasanya membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal dalam negeri. Selepas ini, akan berlangsung dua lagi debat sebelum tiba hari pengundian pada 9 November nanti.
Lazimnya, calon yang mempertahankan jawatan akan berhadapan situasi sukar dalam debat pertama. Maklumlah bak kata pepatah, "berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Begitulah halnya dengan Obama. Beliau terpaksa bertahan apabila Romney membangkitkan masalah pengangguran, cukai, tenaga, penjagaan kesihatan dan defisit yang berlaku di bawah pentadbirannya.
Melalui debat pertama ini, para pengulas mendapati Romney adalah pendebat. Beliau juga dilihat cukup bersedia, tenang dan peramah. Beliau begitu banyak menyerang Obama dan begitu bertenaga apabila menangkis serangan balas Obama.
Kekurangan Romney ialah, beliau tidak cuba menjawab baucar penjagaan kesihatan yang dibangkitkan oleh Obama.
Berdasarkan tinjauan pendapat oleh CNN/ORC selepas debat, Romney muncul sebagai pemenang. Walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk mengatakan Romney mengatasi Obama kerana masih ada dua siri debat lagi yang akan menyusul.
Selain itu, imej Romney juga tercalar baru-baru ini apabila video ucapan beliau di sebuah majlis kutipan derma di Florida tersebar. Dalam video yang dirakam secara rahsia itu, Romney berkata, 47 peratus pengundi bergantung kepada subsidi kerajaan dan beliau mendakwa mereka yang berkenaan mungkin tidak menyokongnya.
Manakala kempen pilihan raya Romney agak teruk sejak beberapa minggu lalu. Seperkara lagi, beliau juga memandang remeh proses perdamaian Timur Tengah, lapor majalah Mother Jones. Kita tunggu debat yang akan datang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.