Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 10 Oktober 2012

Jualan Kereta Jepun Merosot Di China

Penduduk China menterbalikkan kenderaan buatan Jepun pada bulan September
yang lalu didorong oleh sentimen anti Jepun

TOKYO - Jualan kenderaan Toyota dan Honda merudum di China pada bulan lalu berikutan sentimen anti-Jepun yang berpunca daripada pertikaian wilayah di antara kedua-dua negara. 
Toyota Motor Corporation menyatakan kelmarin bahawa jualan kenderaan baru jatuh 48.9 peratus pada September tahun ini kepada 44,100 buah kenderaan. 
Honda Motor pula memberitahu bahawa jualan kenderaannya pada September merosot 40.5 peratus kepada 33,931 buah. 
Manakala Nissan Motor pula merudum 35.3 peratus pada bulan lalu kepada 76,100 buah. 
Kemerosotan berlaku selepas Jepun mewartakan beberapa pulau kecil di Laut China Timur yang dituntut oleh China sebagai sebahagian wilayahnya. 
Tindakan Jepun itu telah mencetuskan bantahan ganas di China selepas rakyat negara tersebut digesa memboikot barangan buatan Jepun. 
Selain jualan yang merosot, ramai pemandu di beberapa bandar di China juga tidak berani memandu kenderaan buatan Jepun kerana bimbang menjadi mangsa protes yang ganas. 
Sebelum itu China merupakan pasaran terbesar bagi kenderaan buatan Jepun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.