Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Selasa, 23 Oktober 2012

Pusat Data Google Didedahkan

Pusat Data Google di Hamina, Finland
San Francisco - Syarikat Google kelmarin mendedahkan beberapa pusat datanya yang menunjukkan sejumlah komputer memproses permintaan pengguna internet. 
Pusat itu memproses permintaan klip video You Tube dan menghantar e-mail kepada berjuta-juta orang. 
Imej pusat data itu boleh dilihat menerusi laman web yang baharu diperkenalkan Google iaitu www.google.com/about/datacenters/gallery/. 
Laman tersebut memaparkan lapan buah pusat data utama yang terletak di Amerika Syarikat, Finland dan Belgium. 
Google juga akan membina pusat data baharu di Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Chile. - Agensi - Kosmo Online 19.10.2012
_______________________________________________________________________

Begitulah sulitnya sistem internet yang sedang kita gunakan. Apa yang jelas, pusat data yang melayani keperluan internet kita terletak jauh di luar negara kita. Maknanya, kita tak boleh marah tak tentu fasal jika tidak berpuashati terhadap servis yang diterima, sebab bukan kita yang punya.
Kita tidak memiliki atau menguasai apa yang kita gunakan. Bayangkan, dari lapan pusat data utama, tidak satu pun terletak di Asia, Afrika atau Amerika Selatan.
Sebab itu, kita tidak sepatutnya perasan yang kita sudah jadi maju semata-mata kerana kita sudah ada kemudahan internet. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.