Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Benarkah ada Situation Room di White House?


Kewujudan Situation Room pernah ditunjukkan dalam beberapa filem Holywood. Tapi, adakah bilik ini benar-benar wujud? Sebenarnya, Situation Room memang wujud. Bilik ini diwujudkan pada tahun 1961, semasa zaman pentadbiran Presiden John F. Kennedy. Berikut ialah gambaran sebenar tentang Situation Room.

Biar gambar yang bicara.

Gambar di Situation Room semasa Presiden Lyndon B Johnson bersama beberapa pegawai sedang meneliti peta kawasan Khe Sanh, Vietnam pada 15.2.1968. Johnson menggantikan Kennedy selepas Kennedy ditembak mati.

Gambar di Situation Room semasa Presiden Carter bermesyuarat dengan ahli Majlis Keselamatan Negara pada 3.2.1977
Gambar di Situation Room ketika Presiden Ronald Reagan sedang berbincang dengan Setiausaha Pertahanan, Casper Weinberger dan Naib Pengerusi Bersama Ketua Turus Angkatan Tentera, General Robert T Herres pada  1.5.1987.
Gambar di Situation Room semasa Presiden Bill Clinton mengadakan sidang langsung dengan Nelson Mandela pada 22.2.2000

Gambar di Situation Room semasa Presiden George W Bush mengadakan sidang video dengan Nouri al-Maliki, Perdana Menteri Irak pada 4.1.2007

Terbaru, gambar di Situation Room semasa Presiden Barack Obama semasa perbincangan berkaitan kejayaan membunuh Osama Ben Laden pada 1.5.2011


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.