Maram (tengah) bersama pemenang kedua dan ketiga |
Betul. Pertandingan ratu cantik diadakan di Arab Saudi. Pertandingan dinamakan ratu cantik Arab 'Ratu Etika' dan diadakan sejak tiga tahun yang lalu. Acara kali ini merupakan acara tahunan yang ketiga.
Pertandingan tahun ini di adakan pada Isnin minggu lalu di Dewan Besar Raja Abdullah di wilayah Timur Qatif dengan tema "etika saya, identiti saya".
Bagaimanapun, pertandingan ratu cantik di sini tidak menilai paras rupa, ukuran badan atau kecantikan fizikal wanita tetapi menilai etika dan tingkahlaku yang baik. Selain itu, pemenang juga turut dinilai dari segi karisma dan prestasi teater, di samping tahap keyakinan yang tinggi dan kemahiran literasi.
Maknanya, pertandingan ratu cantik Saudi berbeza dengan pertandingan ratu cantik yang di adakan di Amerika Syarikat atau di Malaysia. Pertandingan ratu cantik Saudi bebas daripada pendedahan tubuh badan atau aurat wanita. Bahkan wanita yang berjilbab juga layak menyertai pertandingan ini!
Pemenang tahun ini ialah Maram Zaki al-Saif yang berasal dari kepulauan Tarout, Arab Saudi. Selain merangkul gelaran ‘Ratu Etika’, Maram turut menerima wang tunai bernilai kira-kira 10,000 riyal (RM8,153). Maram adalah seorang daripada lima finalis yang berjaya mengharungi setiap saringan yang disertai 285 peserta, berumur antara 16 dan 24 tahun.
Dalam pertandingan sama, Fatema Abdel Jaleel Al Abad, 17, dari rantau Al-Ahsa, Arab Saudi muncul sebagai naib johan manakala Fatema Saeed Al Baik, 23, dari Al Qatif merupakan naib juara kedua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.