Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 22 Oktober 2012

Kenderaan Amfibia




DETROIT - Sebuah kenderaan amfibia yang boleh bergerak di permukaan air dijual Amerika Syarikat (AS) pada harga AS$40,000 (RM122,279). 
Kenderaan itu dikeluarkan oleh syarikat Gibbs Sports Amphibians Incorporation di sini. 
Pihak pengurusan syarikat itu berharap kenderaan tersebut yang bernama Quadski akan dijual di seluruh dunia menjelang 2014. Agensi - Kosmo
_______________________________________________________________________

Boleh tahan juga harga kereta ini kalau dijual di sini, lebih RM100 ribu. Ini tak termasuk duti dan pelbagai cukai yang perlu dibayar oleh pembeli. Kalau begini punya harga, kereta ini sudah jadi kereta mewah. Kepada orang biasa yang teringin nak memiliki kereta ini - tepuk dada tanya selera: adakah kereta semahal ini satu keperluan atau satu kemahuan?
Kalau hanya kemahuan, baik tak payah beli. Sayang duit. Tapi kalau hendak juga, tak apa. Kita tunggu kenderaan amfibia buatan China.   


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.