Seorang pemilik kedai, Muhammad Sohail, 47 tahun, sedang bersiap-siap hendak menutup kedainya tepat waktu tengah malam. Bagaimanapun tiba-tiba beliau terlihat dalam skrin CCTV ada seorang pemuda bertopeng masuk menghampirinya dengan membawa kayu pemukul baseball. Pemuda itu meminta Sohail menyerahkan sejumlah wang.
Gambar CCTV
Enggan mengalah kepada perompak itu, Suhail segera mencapai senapang shotgun yang terletak di bawah mesin cashier. Mungkin kerana terasa kalah, pemuda itu lalu mencampakkan kayu pemukul baseball ke lantai dan berlutut memohon maaf sambil menangis.
Perompak itu mengatakan bahawa dia terpaksa merompak kerana keluarganya sedang kelaparan.
Shotgun milik Suhail.
"Tolong jangan panggil polis dan jangan tembak saya. Saya tidak ada wang dan saya tidak mempunyai makanan di rumah saya," ujar Sohail sambil meniru kata-kata perompak itu. "Dia menangis tersedu-sedu macam bayi," tambah Sohail.
Tidak seperti warga kulit putih yang akan memanggil polis, sebaliknya Sohail membuka dompetnya lalu menghulurkan wang tunai sebanyak US$40 berserta sebungkus roti dengan satu syarat, pemuda itu mesti berhenti merompak.
Semasa memberi wang tersebut, Sohail berkata, "pulanglah, kembalilah kepada keluargamu!" Mendengar kata Sohail, perompak itu terpegun. Tiba-tiba perompak itu memberitahu Sohail bahawa dia ingin menjadi seorang Muslim seperti Sohail.
Sohail yang merasa takjub menjawab, "apakah awak serius?" Perompak itu menjawab dengan yakin, "ya. Saya ingin menjadi muslim seperti tuan!"
Sohail meminta perompak itu mengikutinya mengucap dua kalimah syahadat sambil mengangkat sebelah tangan. Selesai mengucap dua kalimah syahadat, Sohail dan mantan perompak itu berjabat tangan.
Sohail kemudian berkata, "tunggu sebentar, saya hendak ke belakang mencari sesuatu buat awak... mungkin ada susu yang boleh awak bawa pulang."
Tetapi apabila Sohail kembali, mantan perompak itu sudah keluar meninggalkan kedainya.
Sohail menunjukkan surat yang dikirim mantan perompak.
Beberapa bulan kemudian Sohail menerima sepucuk surat dan wang US$40 daripada mantan perompak itu. Dalam suratnya, mantan perompak ada menulis, "your change my life". Manakala di akhir suratnya, mantan perompak itu menulis, "by your Muslim brothers." Rupa-rupanya, mantan perompak itu benar-benar telah menjadi Muslim.
Subhanallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.