Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Rabu, 17 Oktober 2012

Lelaki Saudi Maafkan Pembunuh Anaknya


Anak lelaki Rabia al-Dousari bernama Abdullah telah mati dibunuh oleh Faisal al-Amiri dalam satu pergaduhan. Mahkamah di sebuah wilayah di Timur Arab Saudi, pada hari Ahad yang lalu, telah mendapati Faisal bersalah kerana kesalahan membunuh.
Berdasarkan syariat Islam yang diamalkan di negara itu, Faisal telah dijatuhi hukuman pancung sampai mati.
Namun, berdasarkan syariat Islam juga, mahkamah memutuskan Faisal boleh dilepaskan daripada hukuman dengan syarat keluarga Abdullah memaafkannya.
Dousari bersetuju memaafkan Faisal. Bagaimanapun Dousari menolak wang sebagai penebus darah anaknya. Dia hanya mengenakan syarat, Faisal hendaklah menghafaz al-Quran.
Mungkin Dousar percaya, Faisal tidak akan mengulangi perbuatan jahatnya dan boleh menjadi lelaki soleh setelah hafaz al-Quran. Demikianlah mulianya hati Dousari.
_______________________________________________________________________

Walaupun Arab Saudi sebuah negara monarki yang mengamalkan pemerintahan autokrasi, namun dalam hal jenayah seperti ini, negara itu melaksanakan syariat Islam.
Kalau di negara lain, pembunuh yang didapati bersalah seperti ini akan dihukum mati atau penjara seumur hidup. Namun mereka boleh terlepas daripada hukuman jika mendapat pengampunan daripada Raja atau Presiden.
Begitulah uniknya syariat Islam. Kuasa memaafkan kesalahan membunuh ada pada waris simangsa, bukan di tangan ketua negara yang tidak mempunyai pertalian keluarga dengan orang yang menjadi mangsa. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.