Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 11 Oktober 2012

Toyota Panggil 7.43 Juta Kereta Bermasalah


Toyota Camry. Foto hiasan.


TOKYO - Pengeluar kenderaan Jepun, Toyota Motor Corporation memanggil semula 7.43 juta unit kenderaan keluarannya di Amerika Syarikat (AS), Jepun, Eropah dan negara-negara lain di seluruh dunia berkaitan masalah suis tingkap kuasa. 
Syarikat itu membuat pengumuman pada hari Selasa dan melibatkan model keluaran tahun 2005 hingga tahun 2010.
Menurut Toyota, suis pada tingkap pemandu tidak dibubuh gris sewaktu pengeluaran dan boleh menyebabkan geseran dan asap. 
 
Menurut jurucakap Toyota, terdapat 200 laporan di AS dan 39 di Jepun berkaitan masalah itu. Bagaimanapun tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini berpunca daripada masalah berkenaan. 
Di Amerika Utara, model-model yang dipanggil balik ialah Yaris, Corolla, Matrix, Camry, RAV4, Highlander, Tundra dan Sequoia. Manakala 2.47 juta unit model Scion seperti xB dan xD didapati terlibat dengan masalah yang sama. 
Di Eropah, sebanyak 1.39 juta unit model Yaris, Corolla, Auris, Camry dan RAV4 juga mempunyai masalah yang serupa. Proses memanggil semula juga dilakukan di Australia, China dan Asia Barat. - Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.