Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Replika Taj Mahal Dibina Di Dubai

Taj Mahal di Agra, India

Ketika Maharaja Mughal, Shah Jehan membina Taj Mahal di India, baginda mengambil masa 22 tahun untuk menyiapkannya. Tapi agensi berita AFP melaporkan, sebuah syarikat pemaju, Link Global Group akan membina replika bangunan itu di Dubai dalam tempoh dua tahun sahaja.
Bangunan yang akan dikenali sebagai Taj Arabia bernilai 767 juta Euro dibina di kawasan seluas 41 juta meter persegi di Falcon City of Wonder di Emirate Road, kata Arun Mehra, Pengerusi Link Global Group, di Dubai.
Bangunan berkenaan akan menjadi tempat mengadakan perkahwinan terbesar dan berprestij dunia.
Menurut Mehra, Dubai ketika ini tidak mempunyai destinasi untuk meraikan perkahwinan. Orang ramai akan ke Bali dan tempat esotik lain untuk berkahwin. Tidak lama lagi mereka boleh datang ke Taj Arabia untuk berkahwin.
Taj Arabia akan mempunyai hotel lima bintang dengan 300 bilik penginapan serta 200 pangsapuri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.