Indonesia akan mengadakan pilihan raya presiden pada tahun 2014. Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang memerintah sekarang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang kerana Perlembagaan negara itu mengehadkan tempoh seseorang memegang jawatan presiden hanya selama dua penggal sahaja.
Persoalan sekarang, siapa yang akan menggantikan Susilo sebagai Presiden Indonesia? Berdasarkan undang-undang pilihan raya presiden, setiap calon hendaklah disokong oleh parti politik atau beberapa parti politik yang memenangi sekurang-kurangnya 25 peratus undi dalam pilihan raya umum atau memenangi 20 peratus kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR).
Akhbar-akhbar di Indonesia melaporkan, beberapa parti politik telah melobi masing-masing lima orang mantan panglima tentera sebagai calon masing-masing. Bagaimanapun, panganalisis politik menyifatkan hal ini sebagai kegagalan menonjolkan pemimpin awam untuk bertanding jawatan tertinggi, walaupun dari segi teori, negara itu telah bebas daripada kekangan pihak tentera.
Lima mantan panglima tentera yang disebut-sebut sebagai bakal calon itu ialah Jeneral (B) Wiranto, Ketua Masyal Udara (B) Djoko Suyanto, Leftenan Jeneral (B) Prabowo Subianto, Jeneral (B) Pramono Edhie Wibowo dan Jeneral (B) Endriartono Sutarto.
Wiranto mantan Jeneral yang masih berpengaruh. |
Di antara lima Jeneral itu, Wiranto dan Djoko dianggap sebagai berpengalaman dalam hal ehwal pentadbiran kerana pernah berkhidmat sebagai menterti kabinet di bawah pemerintahan presiden-presiden yang lalu. Wiranto misalnya, pernah menjadi Menteri Penyelaras Bagi Politik dan Keselamatan semasa pemerintahan Presiden Abdul Rahmanwahid.
Djoko Suyanto (kiri) merupakan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik
dan Keselamatan dalam kabinet Presiden Susilo (kanan)
yang juga mantan Jeneral.
|
Pada masa ini Parti Demokratik merupakan parti yang memerintah. Di samping itu, terdapat beberapa parti yang berpengaruh seperti Parti Golongan Karya (Golkar), Parti Demokrasi Indonesia (Perjuangan), Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Parti Hati Nurani Rakyat (Hanura) dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.