Anggota tentera Iran mempamerkan kekuatan. |
TEHRAN: Seorang pegawai kanan Iran, Mohsen Rezaei mendakwa, 10 ribu tentera Israel akan terkorban sekiranya negara Yahudi itu menyerang Iran.
"Jika Israel menyerang Iran, kekuatan pertahanan Iran akan membalas balik dan kematian tentera Israel boleh mencapai 10 ribu orang," ujar Rezaei kepada Press TV pada Isnin lalu. "Kami tidak ingin berperang tetapi kami bersiap sedia mempertahankan diri daripada segala bentuk serangan," tambah Rezaei.
Setakat ini, rancangan Israel hendak menyerang fasiliti nuklear Iran tidak mendapat sokongan AS. Bagaimanapun AS pernah mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu dan sekutunya Israel tidak menolak untuk menyerang fasiliti nuklear Iran.
Fasiliti nuklear Iran merupakan objek yang paling ditakuti oleh Israel. Menurut Israel, tidak lama lagi Iran akan berupaya menghasilkan senjata pemusnah melalui program pengayaan uraniumnya.
Kenyataan Israel itu disokong oleh AS dan sekutu Baratnya. Namun Iran menafikan perkara itu dan berulangkali menegaskan bahawa program nuklearnya adalah untuk tujuan damai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.