Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Memandu Lebih Laju Daripada Peluru

Imej yang dihasilkan dengan menggunakan komputer menunjukkan kereta roket yang akan dipandu McGlashan.
SYDNEY - Seorang pelumba Australia, Rosco McGlashan mahu mencipta rekod lebih laju daripada peluru pada 2014 dengan memandu sebuah kereta. 
McGlashan percaya dia mampu mencipta rekod itu dengan memandu sebuah kereta yang dilengkapi teknologi roket pada kelajuan 1,609 kilometer sejam. - Harian Metro 19.10.2012
_______________________________________________________________________
Selepas kejayaan Felix Baumgartner mencipta rekod kerana melakukan terjunan yang melebihi kelajuan bunyi, kini Rosco McGlashan pula mahu mencipta rekod memandu laju melebihi kelajuan peluru. Yang seorang dari Austria yang seorang lagi dari Australia - dua negara yang berlainan dan berjauhan, tapi mempunyai atlit yang mempunyai cita-cita yang sama iaitu ingin mencipta rekod dunia!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.