Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Penyiasat serbu rumah abang Presiden Korea Selatan

Presiden Lee Myung Bak memohon maaf kepada rakyat Korea Selatan atas penglibatan abangnya menerima rasuah pada bulan Julai yang lalu.
SEOUL: Pasukan penyiasat menyerbu rumah dan pejabat abang sulung kepada Presiden Korea Selatan, Lee Myung-Bak sebagai sebahagian siasatan berhubung dakwaan rasuah bagi pembinaan rumah persaraan presiden itu. 
Serbuan itu sehari selepas pihak pendakwaan memohon kepada mahkamah agar melarang satu-satunya anak Lee, Lee Si-Hyung dan 10 individu yang ada kaitan dengan projek pembinaan kediaman itu daripada meninggalkan Korea Selatan. AFP - Berita Harian 
_______________________________________________________________________

Sungguh telus sistem mereka ini. Tak mengenal pangkat dan kedudukan. Ahli keluarga dan saudara-mara presiden pun tak terkecuali. Tak perlu tunggu presiden bersara. Terus siasat. Presiden pun tak boleh buat apa. Siap minta maaf pula kepada rakyat. 
Kalau macam ini, memang penjawat awam takut hendak menyalahgunakan kuasa, melakukan pecah amanah atau mengamalkan rasuah. Kalau sekiranya adapun, mungkin terkawal. 
Saya rasa, faktor seperti inilah yang menyebabkan Korea Selatan mampu bangkit sebagai sebuah negara maju, setanding dengan Jepun dan negara-negara Barat yang lain, kerana mereka mempunyai integriti yang tinggi. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.