Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Mata Gergasi Ditemui Di Pantai Florida

Bola mata gergasi di temui di pantai Pompano, Florida

PANTAI POMPANO, Florida - Saintis Amerika Syarikat (AS) sedang menyelidiki misteri bola mata gergasi yang ditemui oleh seorang lelaki semasa dia berjalan di sini, Rabu lalu.
Beberapa pegawai hidupan liar menyatakan, mata itu mungkin milik sotong gergasi atau ikan paus kerana ia di temui di pantai.
Mata tersebut kini disimpan dalam larutan formalin untuk mengelak proses pereputan di makmal Suruhanjaya Pemuliharaan Hidupan Liar dan Ikan Florida (AS), untuk kajian bagi menentukan sama ada ia milik haiwan hidupan laut. - Agensi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.