Wan Arifin sedang menjalankan 'kerjanya'. |
Dia hanya menggunakan cawan plastik sebagai alatan kerjanya. Dia hanya perlu duduk bersila di atas tanah tanpa alas. Sambil memegang dan menghulurkan cawan, dia akan mengalunkan zikir. Dia tidak boleh merasa malu melakukan pekerjaan ini.
Dia ialah Wan Arifin Ahmad yang kini berumur 60 tahun. Wan Arifin cacat penglihatan sejak berumur tujuh tahun. Beliau mengemis atau menjadi peminta sedekah di sekitar bandar Pasir Putih.
Apa yang menarik, Wan Arifin boleh mendapat RM60 hingga RM70 sehari jika mengemis di pasar pagi atau pasar malam. Wan Arifin juga boleh mendapat sehingga RM200 sehari jika dia 'bekerja lebih masa' mengemis di kedua-dua pasar pagi dan pasar malam,
Walaupun cacat penglihatan tetapi Wan Arifin dapat mengecam nilai duit yang dihulurkan oleh orang ramai. Kecekapan tersebut dipelajarinya berdasarkan pengalaman mengemis selama 40 tahun.
Wan Arifin kini tinggal menumpang di rumah kawan selepas kematian isterinya beberapa tahun yang lalu. Wan Arifin mempunyai dua orang anak lelaki tetapi kedua-dua mereka tidak menghiraukannya.
Wan Arifin ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM60 sebulan tetapi wang itu tidak cukup untuk menyara hidupnya. Wan Arifin menyimpan sebahagian pendapatannya untuk kegunaan masa depan sekiranya beliau sudah uzur.
Sumber: Harian Metro Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.