Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Obama Berikrar Bangkit Semula

Baju T mengandungi foto Obama dan Romney dijual semasa debat yang lalu.

Sehari selepas debat di Universiti Denver yang dikatakan memihak kepada Mitt Romney, Barack Obama berikrar akan bangkit semula. Ketika berucap di hadapan 12,000 orang penyokong Parti Demokrat, Obama berkata untuk belajar daripada pengalaman. Obama juga mendakwa bahawa mantan gabenor Massachusetts tidak jujur ketika debat 90 minit itu. 
Bagaimanapun semasa debat itu berlangsung, Obama 'dilihat' tidak mengambil kesempatan untuk membelasah Romney mengenai rekod perniagaannya di Bain Capital, video '47 peratus' dan janji potongan cukainya yang lebih memihak kepada golongan kaya. 
Obama dan Romney akan terlibat dengan dua lagi siri debat sebelum pilihan raya pada 6 November. 
Sementara itu, pembantu kanan Obama, David Axelrod menyatakan bahawa strategi kempen Obama akan diubah berikutan keputusan debat itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.