Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 1 Oktober 2012

Orang Mati Hidup Balik?



Faizal, seorang lelaki berumur 75 tahun di Padang, Sumatera telah dikebumikan pada hari Sabtu, 15 Januari 2012 yang lalu. Tetapi tiga hari kemudian iaitu pada 18 Januari 2012, dia telah pulang ke rumah kira-kira jam 3.30 petang. 
Kepulangan Faizal membuatkan ahli keluarganya yang sedang bersiap-siap untuk mengadakan majlis doa tahlil merasa takut. Afrizon, 35 tahun anak Faizal menceritakan, ketika  ayahnya pulang, tetamu yang datang ke rumah mereka untuk majlis kenduri arwah lari ketakutan. 
Menurut Afrizon, kejadian bermula apabila dia mengetahui melalui media tentang satu mayat yang tidak dikenali yang ditemui oleh pihak polis di Lubuk Alung, Kabupaten Padang Pariaman masih berada di bilik mayat Hospital Dr Djamil Padang. Afrizon mendapati gambar mayat itu mirip wajah ayahnya. 
Apabila Afrizon memeriksa mayat itu di hospital berkenaan, dia mendapati mayat itu mempunyai banyak persamaan dengan ayahnya. Di antaranya, di bahagian pelipis kiri terdapat parut luka, pada pergelangan tangan kiri terdapat kesan tulang patah dan di celah-celah jari manis dan jari hantu terdapat peluru yang sudah sebati dengan dagingnya. Di bahagian dada pula terdapat kesan tembakan peluru dan di perut ada kesan pembedahan. Manakala wajah, rambut dan pakaiannya juga mempunyai persamaan dengan ayahnya. 
Disebabkan pihak hospital tidak mempunyai maklumat tentang identiti mayat itu maka Afrizon bersama ahli keluarganya yang lain datang sekali lagi ke hospital untuk membuat pemeriksaan semula. Akhirnya mereka sepakat bahawa mayat itu ialah Faizal. Selepas itu mereka membawa pulang jenazah dan menguruskan pengkebumiannya. Namun rupanya ayah Afrizon masih hidup.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.