Berani sungguh orang ini. Andainya gagal, maut padahnya. Demikianlah Felix Baumgartner, atlit ekstrem dari Austria yang melakukan terjunan setinggi 39 kilometer dari kapsul di ruang angkasa ke bumi.
Baumgartner terjun dengan kelajuan Mac 1.24 dan selamat mendarat di gurun New Mexico. Kejayaan Baumgartner telah diiktiraf oleh Persekutuan Sukan Udara Antarabangsa.
Setakat ini, Baumgartner merupakan satu-satunya orang yang terjun dari paras yang paling tinggi. Selain itu, Baumgartner juga mencatat rekod dunia sebagai manusia pertama yang bergerak pantas melebihi kelajuan bunyi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.