Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Cabaran Huawei Untuk Muncul Jenama Global


BEIJING - Syarikat gergasi teknologi China, Huawei yang berhasrat menjadi jenama global untuk bersaing dengan Apple dan Samsung berdepan tamparan hebat apabila laporan Jawatankuasa Dewan Perisikan Amerika Syarikat (AS) mendapati penyiasatan selama setahun merumuskan, Huawei mencetuskan ancaman keselamatan terhadap negara itu
Huawei diasaskan pada 1987 oleh jurutera Tentera Pembebasan Rakyat, Ren Zhengfei, berkembang menjadi pembekal rangkaian infrastruktur kedua terbesar di dunia selepas Ericsson.
Ren, tokoh yang suka berahsia dan sering menolak wawancara media menubuhkan Huawei dengan modal beberapa ribu dolar, kini muncul sebagai empayar bernilai US$32 bilion.
Huawei dikatakan merupakan syarikat pembekal berpotensi yang mewakili nafas baru global yang disegani di China ketika Beijing berusaha melakukan tranformasi daripada ekonomi berasaskan buruh kepada industri berteknologi tinggi.
Bagaimanapun, laporan itu memusnahkan impian Huawei apabila draf laporan menyebut syarikat  berkenaan mencetuskan ancaman pengintipan. 
Huawei dan sebuah lagi firma telekom China, ZTE disyorkan oleh laporan itu supaya dihalang daripada mendapat kontrak di Amerika Syarikat. Bagaimanapun kedua-dua firma berkenaan menafikan dakwaan berkenaan.
Isu berkenaan terbit daripada kesangsian yang wujud di pihak AS yang melihat republik itu semakin muncul sebagai kuasa global berikutan kekuatan tenteranya yang semakin berkembang.
Pegawai Jabatan Pertahanan AS berkali-kali memberi amaran bahawa China sedang membina kekuatan peperangan siber yang boleh melumpuhkan sistem maklumat penting AS. Apa yang membimbangkan AS, Huawei akan membenarkan platformnya dimanipulasi oleh Kerajaan China.
Sementara itu, Naib Presiden Hal Ehwal Antarabangsa Huawei, Roland Sladek berkata, pasaran AS adalah penting untuk semua firma telekomunikasi yang bercita-cita hendak berkembang.
Huawei dipaksa supaya menarik diri daripada beberapa pelaburan di Amerika Utara akibat tekanan Washington, manakala Australia menyekat syarikat China itu pada awal tahun ini daripada membida kontrak bagi projek rangkaian jalur lebar di negara itu.
Selain itu, Kerajaan Eropah juga turut bimbang dengan kemajuan syarikat telekomunikasi China itu. Bagaimanapun mereka mempunyai jalan penyelesaian tersendiri. Pegawai British misalnya, meneliti kod sumber syarikat bagi memastikan peralatan beroperasi dengan sempurna.
"Eropah dan AS sangat sensitif terhadap potensi syarikat telekomunikasi asing mengancam sistem keselamatan negara mereka," kata Liang Xiao, seorang penganalisis IT di CCID Consulting Beijing ketika mengulas kedua-dua firma Huawei dan ZTE.
Huawei yang sebelum ini hanya menghasilkan produk pelayan dan perisian aplikasi yang digunakan untuk membina rangkaian telefon mudah alih, kini beralih kepada telefon pintar berprofil tinggi yang kini dikuasai Apple dan Samsung.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.