Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Jumaat, 8 Februari 2013

Padah Tunjuk Isyarat Lucah Kepada Hakim

Soto (kanan) terkejut apabila Rodriguez-Chomat menaikkan jaminan terhadapnya di sebuah mahkamah di Miami pada Isnin lalu.


MIAMI, Amerika Syarikat - Seorang wanita, Penelope Soto dipenjarakan kerana menghina mahkamah selepas dia membuat isyarat lucah semasa kes dadahnya didengar di sebuah mahkamah di sini pada Isnin lalu. 
Kejadian itu bermula semasa Soto ketawa ketika Hakim Jorge Rodriguez-Chomat bertanya kepadanya nilai barangan kemas miliknya ketika dakwaan dia memiliki dadah dibicarakan. 
Hakim tersebut mengemukakan pertanyaan itu kerana mahu menilai aset yang dimiliki wanita berusia 18 tahun itu. 
Rodriguez-Chomat kemudian memberitahu Soto untuk bersikap lebih serius selepas dia ketawa. 
Bagaimanapun, Soto menyatakan, dia memang bersikap serius. 
Hakim itu kemudian menetapkan jaminan sebanyak AS$5,000 (RM15,457) dikenakan kepadanya sebelum mengungkapkan perkataan bye-bye. 
Soto ketawa lagi dan membalas dengan perkataan adios yang bermaksud selamat tinggal. 
Bagaimanapun, Rodriguez-Chomat kembali memanggil semula Soto dan meningkatkan jaminan terhadapnya sebanyak AS$10,000 (RM30,915). 
Soto kemudian bertanya sama ada hakim tersebut serius dengan keputusannya itu. 
"Saya serius, adios," kata Rodriguez-Chomat. 
Soto kemudian menunjukkan sebatang jarinya yang merupakan isyarat lucah. 
Hakim itu sekali lagi memanggilnya dan menjatuhkan hukuman penjara selama 30 hari ke atas Soto kerana membuat isyarat tersebut. - Agensi / Kosmo!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.