Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 7 Februari 2013

Doktor Bimbang Gabenor NY Meninggal Di Pejabatnya

Gabenor New Jersey Chris Christie. Foto: politico.com

Chris Christie sedang berucap. Foto: abcnews

Saiz fizikal Christie berbanding Obama. Foto: aim.org

Christie di samping isterinya. Foto: nydailynews


WASHINGTON - Salah seorang doktor yang pernah berkhidmat di White House, Connie Mariano bimbang berat badan Gabenor New Jersey Chris Christie yang berlebihan boleh menyebabkan gabenor itu meninggal dunia di pejabatnya. 
"Saya khuatir, lelaki ini (Christie) meninggal dunia di pejabatnya sendiri," ujar Mariano. 
Mariano tertanya-tanya, apakah Christie akan menyertai pencalonan Presiden AS pada 2016? Mariano berpendapat, jika Christie hendak menyertai pencalonan, Christie hendaklah menurunkan berat badannya. 
"Saya faham kenapa doktor peribadinya dan ramai orang lain sukar memujuknya untuk menurunkan berat badan. Ini adalah isu yang sangat menghantuinya jika dia ingin menyertai pencalonan," jelasnya. 
Bagaimanapun Christie menyatakan rasa kesal dan meminta doktor semasa era George HW Bush dan Bill Clinton itu supaya diam, kerana beliau tidak mahu mendengar komentar dari seorang doktor yang belum pernah memeriksa kesihatannya. 
"Saya terkejut apabila doktor dari Arizona yang tidak pernah bertemu, menyemak, melihat rekod perubatan saya, dan tidak tahu siapa keluarga saya, boleh mendiagnos saya dari jarak 2.400 batu," ucap Christie. 
Kritik mengenai berat badan ahli politik Republikan itu timbul setelah Christie diwawancara dalam acara tengah malam David Letterman. Pada ketika itu, Christie bergurau dengan mengatakan bahawa gula dalam darahnya dan kolestrolnya sangat baik. Christie kemudian mengambil donat dan memakannya. 
"Saya adalah orang tergemuk yang sihat yang anda pernah temui dalam kehidupan anda," ujar Christie. - CNN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.