Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 7 Februari 2013

Ijazah Phd Menteri Pendidikan Jerman Dilucut

Menteri Pendidikan Jerman, Annette Schavan. Foto: focus.de

 Annette Schavan dilucutkan ijazah PhD. Foto: rawstory.com

Sedih?. Foto: sat1.de


BERLIN - Sebuah universiti di Jerman melucutkan ijazah doktor falsafah (PhD) yang dikurniakan kepada seorang menteri negara itu selepas didapati memplagiat tesisnya. 
Tindakan menteri berkenaan terbongkar selepas seorang pemblog mendedahkan perkara itu kepada orang awam selepas membuat penyelidikan selama beberapa bulan. 
Menteri Pendidikan Jerman, Annette Schavan merupakan menteri Kabinet konservatif kedua dalam pentadbiran Canselor Jerman, Angela Merkel yang dikesan melakukan kesalahan memalukan itu. 
Bekas Menteri Pertahanan, Karl-Theodor zu Guttenberg meletak jawatan pada Mei 2011 selepas laporan-laporan dalam tesis beliau didapati disalin dari sumber-sumber lain. 
Menurut laporan media Jerman, pada masa itu, Schavan mengkritik Guttenberg secara terbuka tentang kelemahan beliau. 
Sementara itu, sejak April 2012, blog "schavanplag" telah mula membandingkan laporan disertasi Schavan pada 1980-an dengan bahagian kerja-kerja yang ditulis oleh pengarang lain – mendapati terdapat perkataan-perkataan yang sepadan ataupun hampir. 
Blog terbabit mendakwa Schavan tidak membuat rujukan dengan baik, sebaliknya mendakwa kerja orang lain sebagai sendiri. - Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.