|
Siti Kadariah, 35, menunjukkan ikan pelik yang dipancing oleh suaminya |
|
Ikan misteri ini mempunyai kepala yang besar dan dipenuhi dengan duri tajam di bahagian atas dan bahagian bawah tubuhnya |
|
Ikan ini berukuran lebih 30 sentimeter panjang dan mempunyai dua taring di bahagian mulutnya. |
MIRI - Seorang pemancing di sini menangkap ikan pelik yang belum dikenal pasti pada hari Ahad lalu.
Ikan misteri itu mempunyai kepala yang besar dan dipenuhi dengan duri tajam di bahagian atas dan bahagian bawah tubuhnya.
Badan ikan itu lebih kecil di bahagian ekor.
Ikan itu yang berukuran lebih 30 sentimeter panjang dan mempunyai dua taring di bahagian mulutnya.
Sapar Mansor, 43, dari Taman Ceria, Permyjaya, menangkap ikan aneh itu di kawasan laut berhampiran Tudan.
"Ini adalah kali pertama dalam hidup saya melihat ikan seperti ini. Saya bawa pulang ke rumah dan memaklumkan kepada isteri saya yang ikan ini jarang ditemui," katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Sapar berkata, dia dan rakannya menggunakan bot nelayan pergi memancing dan perjalanan dari Sungai Miri ke laut mengambil masa selama dua jam.
Mereka mula memancing sekitar jam 5:00 pagi dan menangkap banyak ikan dengan joran .
Selepas kira-kira sejam memancing di lokasi yang jauh dari Miri, dia mendapat tangkapan yang mengejutkan.
"Suami saya menangkap ikan yang jarang ditemui dan saya terkejut melihat ikan ini," kata isterinya Siti Kadariah, 35.
"Apabila suami saya membawa pulang ikan ini, kedua-dua anak saya terkejut kerana bentuk dan keunikannya."
Siti bercadang untuk mengeringkan ikan itu supaya ia boleh dipelihara dan disimpan di rumah mereka.
"Ia adalah anugerah Allah dan saya dan keluarga saya akan menyimpan ikan ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.