Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 4 November 2013

Robot Boleh Main Muzik

Robot yang bernama March sedang bermain gitar dan robot yang bernama Ashura sedang bermain dram

Robot yang bernama Mach bermain gitar dengan menggunakan 78 batang jari

Kedua-dua robot bermain muzik di pameran teknologi yang berlangsung di Tokyo

Seorang budak lelaki memainkan key board yang mengawal March

Seorang lelaki bermain gitar elektrik bersama March


TOKYO - Dua buah robot bermain gitar dan dram pada satu pameran teknologi yang berlangsung selama dua hari sejak semalam di sini. 
Sebuah robot yang bernama Mach bermain gitar dengan menggunakan 78 batang jarinya yang disaksikan oleh para pengunjung pameran tersebut. 
Para pengunjung pameran itu juga menyaksikan sebuah robot yang bernama Ashura bermain dram di Muzium Negara Sains dan Inovasi. 
Mach dan Ashura merupakan anggota band robot Z-Machines. 
Menurut laman teknologi digitaltrends.com, band robot itu dicipta oleh seorang profesor teknologi maklumat di Universiti Tokyo, Yoichiro Kawaguchi dan pereka mekanikal, Naofumi Yonetsuka. 
Band itu turut dianggotai sebuah lagi robot bernama Cosmo yang bermain papan nada elektronik. 
Pada Jun lalu, band tersebut membuat persembahan dalam sebuah konsert di sini. - Agensi/Kosmo! Online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.