Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Khamis, 7 November 2013

Bekas Banduan Didakwa Bunuh Isteri

Bekas banduan yang baru dibebaskan bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh. Foto: Imej Google

M. Pugumeswaran (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang atas tuduhan membunuh isterinya. Foto: Bernama


SELAYANG - Seorang bekas banduan yang baru dibebaskan bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan membunuh isterinya, minggu lalu. 
Tertuduh, M Pugumeswaran,35, seorang kelindan lori dituduh membunuh K Murugamal, 36, pada jam 9.20 malam di rumah no.18, Ladang Bukit Darah, 27 Oktober lalu. 
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. 
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret, Nurul Izzah Hasan Basri. 
Mahkamah menetapkan 9 Disember depan untuk sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat. 
Media sebelum ini melaporkan, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. 
Suspek menggunakan pisau menikam isterinya beberapa kali di bahagian belakang badan. 
Bagaimanapun mangsa sempat melarikan diri ke rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah untuk meminta bantuan sebelum meninggal dunia. - Sinar Harian

Anggota Polis Forensic memeriksa tempat kejadian bulan lalu. Foto: Yazit Razali


KUALA LUMPUR - Akibat cemburu dan sangsi isteri menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, seorang pekerja ladang menikam isterinya beberapa kali di bahagian badan hingga menyebabkan kematian mangsa dalam kejadian di kuarter pekerja Ladang Bukit Darah, Kundang, malam semalam. 
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, mangsa, K Murugamal, 36, juga bekerja di ladang kelawa sawit yang sama bersama suaminya yang baru keluar penjara 12 Oktober maut di hadapan rumah jiran mereka yang terletak selang tiga rumah daripada rumah pasangan itu. 
Difahamkan, suspek berusia 35 tahun itu dipenjarakan lima bulan 10 hari sejak awal tahun lalu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan memukul isterinya selain kesalahan mengugut. 
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata, pihaknya mendapat maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 9.40 malam yang menyatakan berlaku pergaduhan suami isteri dan si isteri pengsan manakala suaminya sudah melarikan diri. 
“Apabila tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa sudah meninggal dunia di hadapan rumah dan siasatan mendapati pergaduhan mangsa bersama suspek berlaku di rumah mereka sebaik suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. 
“Sebaik membuka pintu rumah, suspek bergaduh dengan mangsa dengan menuduh dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain sebelum menikam mangsa,” katanya. 
Suspek telah menyerah diri di Balai Polis Alam Jaya awalpada 27/10/2013 dan ditangkap. - myMetro 28.10.2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.