Allah berfirman dalam al-Quran:

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." Mafhum Surah al-Asr: ayat 1 - 3.

Isnin, 4 November 2013

Lelaki Mengamuk Di Lapangan Terbang Los Angeles

Peguam Negara AS berkata, lelaki yang mengamuk di Lapangan Terbang Los Angeles berdepan hukuman mati. Foto: Reuters

Ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI), David Bowdich (tengah) sedang bercakap dalam sidang akhbar. Foto: Reuters

Seorang lelaki mengamuk di Terminal 3 semalam, membunuh seorang pegawai keselamatan dan mencederakan tiga

Tindakan lelaki itu mencetuskan panik dan kekecohan di lapangan terbang keenam paling sibuk di dunia itu. Foto: Reuters

Seorang penumpang mengucapkan terima kasih kepada polis lapangan terbang selepas kejadian. Foto: Reuters


LOS ANGELES - Lelaki berusia 23 tahun yang dituduh melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, membunuh seorang pegawai keselamatan dan mencederakan tiga lagi, berdepan hukuman mati selepas didakwa membunuh kelmarin, kata pendakwa. 
Paul Anthony Ciancia didakwa membunuh pegawai persekutuan dan melakukan keganasan di lapangan terbang antarabangsa, kata Peguam Negara Amerika Syarikat, Andre Birotte, kepada wartawan sehari selepas tembakan itu mencetuskan panik dan kekecohan di lapangan terbang keenam paling sibuk di dunia itu. 
“Ciancia membawa nota bertanda tangan menggelar pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) sebagai pengkhianat dan menyasarkan mereka ketika mengamuk di Terminal 3, lapangan terbang itu,” kata ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI), David Bowdich. - Reuters/Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen yang menggunakan perkataan kesat dan lucah atau tidak sopan tidak akan disiarkan.